Dialog Hati

Kenapa harus begini…
Kenapa jadi macam ni…
Kenapa aku…
Salahkah aku…
Hinakah aku…

Soalan sering di ajukan pada diri. Mengenang kesilapan lalu seolah-olah mengundang perasaan yang tiada tepinya. Adakah aku tiada jalan ke syurgaMu wahai Tuhan… aku inginkan belaianMu. Kasih sayangMu. Redhailah hidupku.

"Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata, “Mengapa Allah tidak berbicara dengan kita atau datang tanda-tanda (kekuasaanNya) kepada kita? Demikian pula orang yang sebelum mereka telah berkata seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang-orang yang yakin." (Al Baqarah 2:118)

Aku tercari-cari ketenangan sejati. Mungkin di sini mungkin di situ. Berjam-jam aku habiskan masa di pusat karaoke. Dengan harapan hati dapat tenang dan terubat dari suka dan duka kehidupan. Tapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Mencari ketenangan dengan menyanyi? Bunyi pun macam dah lari dari syar'ie.

Aku beralih ke tempat snooker. Dimana ramai manusia di situ. Bermain bola berwarna warni. Kuharapkan kemenangan boleh mengembalikan riak kegembiraan di hati. Tapi itu semua hanya fantasi. Melihat keadaanku yang tiap hari dihabiskan di pusat karaoke mahupun pusat snooker. Aku rasa diri ini kosong. Ruang ini patut diisi. Apakah yang dapat mengisi hati ini.

Adakah aku kekurangan cinta? Aku mula mencari cinta. Mencari teman di sana sini. Kononnya bahagia dapat berjumpa. Kononnya hebat bila bersua. Kononnya rindu bila tidak bertemu. Kononnya kasih bila terasa sedih. Walaupun begitu. Balasan sms-sms yang mengharukan perasaan. Hadiah-hadiah tersusun menjadi perhiasan. Hanya bertindak seketika sahaja. Menggembirakan hati ini untuk sementara. Dating-dating yang kurasa dapat memberikan bahagia. Tapi ternyata sia-sia. Hati ini masih kosong tak terisi. Mengharapkan satu sinar hakiki. Yang dapat mengisi hati ini.

Mungkin aku kekurangan teman. Aku mula mencari kawan. Beratus-ratus malah beribu-ribu. Tidak kira dari facebook mahupun frienster. Yang datang semua ku sapu. Yang malu ku tunggu. Di kala lepak bersama kawan-kawan di kedai mamak. Walaupun gelak bergegar kedai. Lawak membuat air mata berderai. Ku tetap rasa lompong. Jauh di hati yang mungkin sombong.

Mungkin selama ini aku sahaja yang lupa. Dilekakan dengan permainan dunia. Lupa siapa kita sebenarnya. Bahawa setiap di jadikan itu pasti ada fitrahnya. Fitrah sebagai hamba. Hamba pada Penciptanya. Siapakah aku soalan ditanya. Akulah manusia. Diciptakan untuk tunduk dan beribadat kepadaNya. Hanya menyerahkan diriku untukNya. Sebagai satu pengabdian yang hakiki lagi suci.

"Barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Al Baqarah[2]:112)

Mengapa jawapan pada soalan ini lambat ku temui. Mungkin bukan lambat tetapi hati yg tidak mengerti. Erti sebenar hidup ini.

"Dan sungguh, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang jelas kepadamu(Muhammad), dan tidaklah ada yang mengingkarinya selain orang-orang yang fasik." (Al Baqarah[2]:99)
Mungkin hati ini dimateri dgn dosa-dosa yang dilakukan tanpa henti. Hati ini terus hitam tanpa ada usaha membersihkannya. Apatah lagi menyucikannya. Aku layu bila terkenang dosa lalu. Aku sepi bila mengenangkan hari-hari tanpa berabdi. Pada tuhan yang satu, Allah ya rabbi.[Halaqahonline.com]
Share:

0 comments:

Posting Komentar

Silahkan tinggalkan komentar Anda:

HIDANGAN WEB

Recent Comment